Sejarah sekolah dan latar belakang…
Sejajar zaman imperialisme
British di Tanah Melayu pada tahun 1890 an hingga 1957 ladang-ladang getah
dibuka. Buruh dari India dibawa masuk bagi mengerjakan lad«ng getah. Sehubungan
itu, tertubuhlah sekolah –sekolah terutamanya sekolah rendah di kawasan
perladangan.
Sekolah Jenis Kebangsaan
tamil Ladang Changkat merupakan sekolah di kawasan perladangan. Sekolah ini
mula beroperasi pada tahun 1908 dan dengan rasminya didaftarkan pada 1910.
Orang yang bertanggungjawab mengasaskan sekolah ini ialah Tuan Smith. Ketika
itu, enrolmen murid ialah 35 orang murid lelaki dan 25 orang murid perempuan.
Guru besarnya ialah Encik Somu dan
dibantu oleh guru, En.Ratnam. Gaji guru dan segala perbelanjaan dibiayai oleh
pihak lading.
SJKT Ladang Changkat pada
mulanya menggunakan bangunan kuil bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Pada 1920, SJKT lading Changkat berpindah ke tapak baru iaitu
rumah jururawat di kawasan perladangan. Menjelang 1934, barulah SJKT Ladang Changkat
berpindah ke bangunan baru yang kekal
sehingga kini. Pada masa itu enrolmen murid telah mencapai 70 orang
murid. Guru besarnya ialah En.Somu dan dibantu oleh En.Subbiah.
Pengajaran berupa pendidikan
asas iaitu bahasa Tamil, kira-kira, Karangan (Bahasa Tamil), Ejaan dan senaman
mula berubah kepada teras pendidikan lebih bersistematik apabila berpindah
bangunan. Matapelajaran yang diajar ialah bahasa Tamil, Kira-kira, Karangan
(Bahasa Tamil), Ejaan, Ilmu Alam
Tempatan,” Nature Study”, “General Knowledge ‘ dan tawarikh.
Beberapa tahun kemudian dalam tahun 1930
an majikan ladang telah bertukar tangan
kepada Tuan Miliam Moore daripada Tuan Smith. Bagaimanapun sekolah berjalan
seperti biasa sehinggalah pada 16 Disember 1941. Tahun ini merupakan tahun
genting kerana bermulanya era pendudukan
Jepun di Tanah Melayu 1941 sehingga 1945 semua sekolah lading terpaksa
ditutup. Mereka yang ingin meneruskan pelajaran diarah berpindah ke Sekolah
Melayu yang pada ketika ialah Sekolah Keledang Jaya. Pada masa ini Jepun mengarahkan semua penduduk mempelajari
Bahasa Jepun.
Setelah tamatnya pendudukan Jepun pada 1945, sekolah beroperasi semula dengan
dua orang guru iaitu En.V. Subramaniam sebagai Guru besar dan En. G.Nicholass
sebagai pembantunya. Matapelajaran yang diajar ialah sama seperti pada tahun 1920 an hingga zaman
kependudukan Jepun. Bilangan murid ialah 35 orang lelaki dan 30 orang
perempuan.
Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah 1956. Bermula
tahun ini Ladang Changkat dipecah kepada beberapa bahagian dan dijual kepada
orang perseorangan serta pihak swasta. Buruh lading getah mula
mengalamikeperitan. Sumber pencarian tergugat. Maka, buruh-buruh ini mula
melangkah keluar dari ladang untuk mencari kerja. Perkara ini menyebabkan
bilangan murid menurun kepada 30 orang sahaja. Hanya seorang guru sahaja
bertugas. En. Nicholass ditempatkan di SJKT Batu Kawan, En.V.Subramaniam
bertugas di sini sehingga Disember
1959. Kemudian, En.Mariappan pula
menggantikan tugas guru besar setelah En.Subramaniam bertukar ke Kalidonia
Tamil School.( SJKT Ladang Changkat).
TAHUN
|
DISKRIPSI
|
1908
|
60 orang murid.
Darjah 1=20 orang
Darjah 3= 20 orang
Guru : Mandor lading getah
|
1911
|
2 orang guru-berkelulusan
Darjah VI, VII aliran Bahasa Tamil : En. Somusundaram dan En.Subramaniam.
|
1941
|
En.V. Subramaniam dan
En.Nicholass
-sekolah ditutup
disebabkan Pendudukan Jepun.
|
1945
|
Kedudukan semula British.
Sekolah dibuka semula.
Guru bertugas: En.
S.Mariappen.
Jumlah murid :28
orang
|
1959
|
Guru bertugas: En.
S.Mariappen.
Jumlah murid :28
orang
|
1964
|
Guru sementara Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris: En.Sulaiman bin Mat
|
1968
|
Guru terlatih dan tetap
ditugaskan oleh Jabatan Pelajaran Pulau Pinang: En.Sulaiman bin Mat
|
1973
|
Encik S. Mariappen
|
1974
|
Guru Besar: S. Mariappen
Guru Bahasa: En.Sulaiman
bin Mat
|
1975-1991
|
En.Ramakrishnan
|
1991-1995
|
En.Subaa rao
|
1996-1997
|
En. Poornachandran
|
1 oktober 1997-Disember
2004
|
Pn.Gunavathi
|
2005-Mac 2007
|
En.Kunasegaran
|
April 2007-Disember 2009
|
En.R.Kalidass
|
Januari 2009-2011
|
En.S.Sangga
|
2011 hingga kini
|
En.N.M .Jayaveloo
|
Tolong kumpulkan dan pamerkan gambar gambar bekas guru -guru dan guru 2 besar supaya boleh dapat satu gambaran bersejarah sekolah ini ,dan akan menjadi makulmat penting dalam penulisan sejarah ini kemudian..
ReplyDelete