SEJARAH

Sejarah sekolah dan latar belakang…

Sejajar zaman imperialisme British di Tanah Melayu pada tahun 1890 an hingga 1957 ladang-ladang getah dibuka. Buruh dari India dibawa masuk bagi mengerjakan lad«ng getah. Sehubungan itu, tertubuhlah sekolah –sekolah terutamanya sekolah rendah di kawasan perladangan.

Sekolah Jenis Kebangsaan tamil Ladang Changkat merupakan sekolah di kawasan perladangan. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1908 dan dengan rasminya didaftarkan pada 1910. Orang yang bertanggungjawab mengasaskan sekolah ini ialah Tuan Smith. Ketika itu, enrolmen murid ialah 35 orang murid lelaki dan 25 orang murid perempuan. Guru besarnya   ialah Encik Somu dan dibantu oleh guru, En.Ratnam. Gaji guru dan segala perbelanjaan dibiayai oleh pihak lading.

SJKT Ladang Changkat pada mulanya menggunakan bangunan kuil bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada 1920, SJKT lading Changkat berpindah ke tapak baru iaitu rumah jururawat di kawasan perladangan. Menjelang 1934, barulah SJKT Ladang Changkat berpindah ke bangunan baru yang kekal  sehingga kini. Pada masa itu enrolmen murid telah mencapai 70 orang murid. Guru besarnya ialah En.Somu dan dibantu oleh En.Subbiah.

Pengajaran berupa pendidikan asas iaitu bahasa Tamil, kira-kira, Karangan (Bahasa Tamil), Ejaan dan senaman mula berubah kepada teras pendidikan lebih bersistematik apabila berpindah bangunan. Matapelajaran yang diajar ialah bahasa Tamil, Kira-kira, Karangan (Bahasa      Tamil), Ejaan, Ilmu Alam Tempatan,” Nature Study”, “General Knowledge ‘ dan tawarikh.   

 Beberapa tahun kemudian dalam tahun 1930 an   majikan ladang telah bertukar tangan kepada Tuan Miliam Moore daripada Tuan Smith. Bagaimanapun sekolah berjalan seperti biasa sehinggalah pada 16 Disember 1941. Tahun ini merupakan tahun genting kerana bermulanya era pendudukan  Jepun di Tanah Melayu 1941 sehingga 1945 semua sekolah lading terpaksa ditutup. Mereka yang ingin meneruskan pelajaran diarah berpindah ke Sekolah Melayu yang pada ketika ialah Sekolah Keledang Jaya. Pada masa ini Jepun  mengarahkan semua penduduk mempelajari Bahasa     Jepun.

Setelah tamatnya  pendudukan Jepun  pada 1945, sekolah beroperasi semula dengan dua orang guru iaitu En.V. Subramaniam sebagai Guru besar dan En. G.Nicholass sebagai pembantunya. Matapelajaran yang diajar ialah  sama seperti pada tahun 1920 an hingga zaman kependudukan Jepun. Bilangan murid ialah 35 orang lelaki dan 30 orang perempuan.

            Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah 1956. Bermula tahun ini Ladang Changkat dipecah kepada beberapa bahagian dan dijual kepada orang perseorangan serta pihak swasta. Buruh lading getah mula mengalamikeperitan. Sumber pencarian tergugat. Maka, buruh-buruh ini mula melangkah keluar dari ladang untuk mencari kerja. Perkara ini menyebabkan bilangan murid menurun kepada 30 orang sahaja. Hanya seorang guru sahaja bertugas. En. Nicholass ditempatkan di SJKT Batu Kawan, En.V.Subramaniam bertugas di sini  sehingga Disember 1959.  Kemudian, En.Mariappan pula menggantikan tugas guru besar setelah En.Subramaniam bertukar ke Kalidonia Tamil School.( SJKT Ladang Changkat).

Bilangan murid pada masa ketika itu hanya tinggal 27 orang sahaja  dengan murid lelaki seramai 15 orang manakala murid perempuan seramai 12 orang sahaja. Pada keseleruhuan purata kehadiran murid hanyalah 20 orang. Pada 1960 Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia mula diperkenalkan dengan kehadiran seorang guru bahasa Malaysia. Sementara  dalam Januari iaitu En. Haji Salleh. Seterusnya, pada tahun 1962, Cik Hasnah Ismail menggantikan   En. Haji Salleh    sebagai     guru bahasa Malaysia. En.Sulaiman mat pula ditugaskan sebagai guru beredar dan bertauliah. Beliau akan ke sekolah dua hari seminggu.





TAHUN
DISKRIPSI
1908
60 orang murid.
Darjah 1=20 orang
Darjah 3= 20 orang
Guru : Mandor lading getah
1911
2 orang guru-berkelulusan Darjah VI, VII aliran Bahasa Tamil : En. Somusundaram dan En.Subramaniam.
1941
En.V. Subramaniam dan En.Nicholass
-sekolah ditutup disebabkan Pendudukan Jepun.
1945
Kedudukan semula British. Sekolah dibuka semula.
Guru bertugas: En. S.Mariappen.
Jumlah murid :28 orang 
1959
Guru bertugas: En. S.Mariappen.
Jumlah murid :28 orang 
1964
Guru sementara Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris: En.Sulaiman bin Mat
1968
Guru terlatih dan tetap ditugaskan oleh Jabatan Pelajaran Pulau Pinang: En.Sulaiman bin Mat
1973
Encik S. Mariappen
1974
Guru Besar: S. Mariappen
Guru Bahasa: En.Sulaiman bin Mat
1975-1991
En.Ramakrishnan

1991-1995
En.Subaa rao

1996-1997
En. Poornachandran

1 oktober 1997-Disember 2004
Pn.Gunavathi

2005-Mac 2007
En.Kunasegaran

April 2007-Disember 2009
En.R.Kalidass

Januari 2009-2011
En.S.Sangga

2011 hingga kini
En.N.M .Jayaveloo


No comments:

Post a Comment